Monday, July 27, 2009

AURAT VS DEDAH

salam.. apa khabar dengan iman sahabat2 sekalian?? Harapan atuk moga iman sahabat2 dalam keadaan sihat, lebih sihat dari semalam dan sebelumnya. Buat sahabat2 atuk moga sentiasa dalam keadaan orang yang dithabatkan imannya dan sentiasa merindui untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Allah. Mungkin hari ini atuk ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada. Berkaitan adab berpakaian dan menutup aurat menurut Islam.

 

Di dalam tempoh pengamatan atuk, apa yg boleh dilihat di kalangan masyarakat kampus khususnya dan masyarakat di m’sia umumnya boleh dikatakan amat memberangsangkan dari sudut menutup aurat. Akan tetapi ada juga sahabat2 atuk mungkin masih belum paham dan buat2 xpaham apa itu aurat? Agaknya satu makanan tradisional yg telah pupus kot.. mgkin.. kerana situasi sekarang memainkan peranan penting dalam institusi menutup aurat. Kadang2 atuk terfikir bagi wanita2 yg bangga dengan memperlihatkan rambutnya yg merah kuning hijau n sebagainya, adakah warna trafik light menjadi idola dan ‘qudwatun hasanah’ mereka.

 

Perkara ini mengingatkan atuk ketika melepasi di salah sebuah kolej yg sedang mengadakan family day, ketika itu satu persembahan tarian telah diadakan, wanita2 menari di atas pentas dengan pakaian yg ketat sendat mampat terencat diselubungi perasaan bangga dan bergaya tayang peha penonton tengok tak terkata meleleh air mata bagaikan punggok rindukan neraka suka ria semua terpekik terlolong gembira bagaikan di syurga. Aduh kak oiiii…!! Sedih atuk tengok sahabat seagama atuk wat perkara camtu. Insaf la kak, atuk xde kuasa nak halang, atuk xnak sahabat atuk di azab oleh Allah dengan perkara sedemikian. Tolong la kak, makcik, adik, abang, sedara sedari, muhasabah diri. Kat bawah ni atuk cuba sampaikan ilmu Allah sekadar yg mampu, jadi dengan penuh hormat dan saying, atuk harap sahabat2 boleh ikut walaupun secara beransur2. ‘ihfazhillaha yahfazhka (jika kamu bantu Allah nescaya Allah akan membantu kamu).

 

Menutup aurat adalah  salah satu perkara yang amat dititkberatkan di dalam Islam. Islam mempunyai tatasusila dalam berpakaian. Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah mencerminkan seseorang itu Muslim yg mu’min. Islam telah menetapkan etika pemakaian dan menutup aurat:

 

1.       Menutup aurat

- Menurut Islam aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula seluruh anggota badannya, kecuali wajah, telapak tangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

 

2.       Tidak menampakkan tubuh badan

 

-  di kala ini, zaman serbi hadhari boleh atuk simpulkan semakin nipis dan jarang tudung semakin mahal harganya, tudung bukan berfungsi sebagai salah satu wadah menutup aurat, akan tetapi digunakan untuk glemer dan gah pemakaian kita. Pakaian yang jarang dan nipis sehingga menampakkan tubuh badan masih belum cukup syarat dalam erti ‘menutup aurat’. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

 

3.       Pakaian tidak terlalu ketat dan sendat

 

- Tujuannya  adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan dan boleh merangsangkan nafsu seseorang. Jika kita lihat, di zaman sekarang wanita lebih suka memakai jeans, seluar ketat, baju sendat(adik bongsu die punya kot) dan tudung pendek atas dada dan jarang sehingga Nampak apa yang ada di dalam tudung. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Negara kita yang diakui Negara islam.

 

4.       Riak dan rasa bangga diri.

 

- Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

 

5.       Melabuhkan pakaian

 

 - Tudung yang seharusnya dipakai mestilah sesuai mengikut kehendak syarak iaitu bagi    menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”  (al-Ahzab:59)

 

6.       Memilih warna sesuai

 

-   Warna-warna yang dianjurkan di dalam Islam ialah warna yang lembut. Tidak perlu memakai warna yang terlalu menarik dan terang sehingga boleh menimbulkan fitnah, ataupun warna dan corak yang begitu menonjol. Warna lembut juga termasuk warna putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

7.       Wanita dan lelaki mempunyai perbezaan

 

- Pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” (Abu Daud dan Al-Hakim).

 

p/s : Jika kita mahukan yang terbaik dari Allah, buatlah yang terbaik untuk Allah.

 

Sunday, July 26, 2009

BKRS owhhhh BKRS

Salam.. apa khabar dengan iman sahabat2? Mohon sahabat2 untuk memperbaiki dan muhasabah tentang iman sahabat2 seperjuangan. Masih segar dalam ingatan atuk ketika memegang tampuk pemerintahan BKRS (badan kaunselor rakan sebaya) di salah sebuah kolej di UKM satu masa dahulu. Begitu macam rupa bentuk cara BKRS ketika itu, mahu roboh kami tahan, mahu ribut kami pegang erat, mahu di bakar kami padamkan, mahu di pijak kami tepis, mahu dibubarkan kami perjuangkan. Kami teruskan perjuangan dengan tenaga energy yang dikurniakan dari Sang Pencipta.

Berbagai-bagai perkara yang kami laksanakan dan akhirnya BKRS menjadi kelab yang masih relevan untuk di terima oleh seluruh lapisan masyarakat di kolej tersebut. Di sinilah terciptanya satu gumpalan ukhwah yang suci, di sini jugalah terlerainya satu tembok pemikiran apologitik. BKRS juga mendidik kami sebagai mahasiswa yang berani menyatakan kebenaran menegakkan keadilan dan menjauhkan kami dari menjadi mahasiswa yang lesu dan pudar dari semangat untuk terus berjuang.

Masih ingatkah lagi sahabat2 ketika kita bersama-sama memerah keringat mencari kewangan ketika di kota metropolitan, masih ingatkah lagi sahabat2 tika kita sama2 memohon kepada ‘creater’ ketika kita mengalami masalah di tarik wang sponser program opkim (BSKUO) sebanyak RM9200. Masih ingatkah lagi setiap hujung minggu kita bermujahadah qiam hatta dhuha di surau kolej (tazkiyatunnafs). Masih ingatkah lagi program motivasi dan family day dibatalkan tanpa sebab, Masih ingatkah lagi ekspedisi gunung angsi…. Masih ingatkah lagi Rumah terbuka kolej anjuran kita yang menolak dan menafikan segala hedonism berkiblatkan syaitan dan nafsu. Masih ingatkah lagi…???

Tetapi itu dulu… tidak sekarang. Lain pula dengan wajah BKRS sekarang yang telah digari dan ditutup mulutnya untuk m’create sendiri program kelab. Apa yang dapat dikesan, BKRS sekarang menjadi kelab yang di kuarantin.. apa salah BKRS? Kena H1N1? Sehingga dinafikan haknya. Tidak cukupkah pentadbiran menghalau dan membuang kami seperti anjing kurap, lebih separuh ahli2 kelab kami dinafikan haknya untuk mendapat kolej, “ooowwhhhh… kamu dibuang kerana tak aktif kolej”.. arghhh sungguh prejudis statement itu, apa logiknya seorang ketua pengarah kelab pun dinafikan haknya untuk stay di kolej atas alasan tidak aktif kolej?? Apa logiknya seorang ahli kami yang mengumpul merit sebanyak 90mata dinafikan haknya terus dibuang penginapan? Tidak semudah itu untuk kami diperbodohkan. Inilah symbol dan lambang seorang yang takutkan bayang2 kebenaran. Harapan dari kami, teruskan berpolitik dengan tangan yang kotor dan kurap… silakan…

Pesan dari kami, teruskan lah kerja anda yang sungguh telus itu, semoga Allah membalas jasa dan budi anda kelak terhadap kami. Gelarlah kami sebagai penjenayah, buatlah kami seperti penjahat pesalah dan seorang banduan hendaknya. Kami selaku penjenayah yang anda sangkakan tidak pernah patah goyah gentar takut bacul hancur hampeh geger dengan authority anda. Perjuangan akan diteruskan dari masa ke semasa, teruskan strategi anda.akan tetapi ingatlah “wamakaru wama karullah wallahu khairul maakirin”  Teruskan…… salam diktator dari kami (penjenayah).. 

 

 

UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU (IKHLAS DARI TUKJANGGUTT)

selamat datang, ahlan wa sahlan kepada sahabat baru.

Salam buat sahabat2 atuk. Masih sihat dan segar iman sahabat2 sekalian. Moga sihat diharapkan. mesti lama menunggu kehadiran artikel atuk seterusnya.. maafkan atuk kerana lama menyepi dari dunia blog ni. Mungkin ada kemungkinan sibuk dengan kerja2  yang lebih penting dan utama. Moga dimaafkan. Baru-baru ini seluruh IPTA dan sebahagian IPTS dibanjiri dengan pelajar-pelajar baru, kehadiran yang mungkin memberangsangkan bagi atuk. Alhamdulillah syukur wadah mencari ilmu dan kebenaran masih diteruskan khususnya di bumi Malaysia darul hadhari. Masih sempat rasanya untuk mengucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat pencinta ilmu khususnya dibumi UKM.

Yang pergi teruskan pergi membawa diri ke medan dan alam seterusnya. Dan yang  tinggal teruskan dengan acuan dan strategi plan masing2 dalam bidang dan medan ilmu. Manakala yang datang apa yang diharapkan menjadi mahasiswa yang kental dan bersemangat. Umpama jemur tak kering, basuh tak basah, seterika tak tegang. Mahasiswa bukan lagi perlu bertindak seperti kebudak-budakan sewaktu di alam persekolahan, bangun pagi masuk kelas habis bunyi loceng kembali ke rumah. Semua disuap, di belai, di tatang, di manja, nangis di kesatkan airmata. Tidak semudah itu untuk menjadi mahasiswa yang kental dan non-lesu. Di harapkan seluruh mahasiswa menjadi lebih matang dan hidup dalam keadaan berdikari dalam semua aspek.

Mahasiswa tidak seharusnya disistemkan, diacu, diadun, digaul dengan satu bentuk yakni ‘akur,ikut,taat dan na‘am’. Akan tetapi mahasiswa mesti berani membuat dan mencipta perkara kendiri dengan idealism yang menarik dan lebih kreatif. Biar salah, biar silap itu adalah system pembelajaran dan pastinya diperbetulkan kesilapan dari masa ke semasa. Bukan hanya mengikut di cucuk hidung di paksa di system di rencana di buli di arah di perintah sehinggga tiada dalam pemikiran mahasiswa untuk berfikir apa yang baik mahupun buruk.

Seterusnya apa yang atuk harapkan jangan disalah tafsirkan konsep ‘KEILMUAN’ di alam menara gading ini, ia bukan sekadar mencari ilmu di dewan kuliah dan tutorial sahaja, akan tetapi mahasiswa mesti mencari, menimba, mengorek, menggali, menyelam, mengintai seluruh ilmu di universiti khususnya di luar dewan kuliah. Salah satu yang dianjurkan oleh atuk ialah mengaktifkan diri dalam setiap persatuan yang wujud di kampus. Maka disitu juga terdapat keilmuan yang bermanfaat. Tidak hanya dalam bidang kita sahaja, maka akan luas dan bertambah ilmu kita. Perkara ini juga mematangkan diri dari masa ke semasa.

Bukan hanya bangun ke kuliah salin nota balik bilik tido, internet, youtube, chatting, dengkur, borak, ngumpat umpama budak hingusan versi ‘katak bawah tempurung’. Perkara ini akan mencacat dan membantutkan konsep ‘keilmuan’ yang sebenar di dunia kampus kelak. System dan langkah kematangan tidak akan wujud dan muncul dalam diri jika kita meneruskan perkara sedemikian. Arrghhh… amat mengecewakan sekali bagi seorang yang bergelar mahasiswa…!! Jadi sedarlah mahasiswa khususnya sahabat2 atuk yang masih merah di perbukitan ilmu ini, marilah sama-sama merialisasikan dunia keilmuan yang sebenar. Bukan sekadar menjadi mahasiswa yang berkiblatkan nafsu seronok ‘enjoy’ bebas dan emosi yang akhirnya memakan diri sendiri. Salam…