Wednesday, May 6, 2009

AKHLAK MUSLIM


AKHLAK MUSLIM

"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah) Perintah yang terkandung dalam hadis di atas :

1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan 
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2 Relakan kurniaan dari Allah.
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4. Cintakan orang lain 
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.

POST BY: SYAFIQ

Tuesday, May 5, 2009

huraian VARSITI KITA (LAGU TEMA UKM)

Lihat kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan

Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmu berkembangan

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita


Huraian ’VARSITI KITA

Salam.. apa khabar semua cucu2 atuk.. apa khabar dengan iman cucu?? Dah solat ke? Ermm.. Hari ni atuk nak mengupas sedikit mengenai rahsia yang tersirat di sebalik ’Varsiti Kita’ (Lagu Tema UKM). UKM ni tempat atuk mentarbiyyah diri, banyak yang atuk belajar di sini. Bagi atuk, lagu ni sangat memberi peranan dan sumbangan yang penting dan bermakna. Jika kita menjalani kehidupan seharian berdasarkan bait-bait lagu ni, atuk rasa UKM bukan sahaja menjadi universiti APEX di dunia, malah menjadi universiti APEX di akhirat dan di hadapan SANG PENCIPTA kelak. Sila hayati.......

Lihat kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan


Cucu2 sekalian, lihat kampusku yang tenang... Allah menjadikan seluruh tempat di dunia ciptaanNya tenang, aman dan bahagia, tanpa ada masalah perbalahan, assabiyyah, maksiat dan sbgnya, dengan syarat berkiblatkan landasan Islam. Allah menciptakan seluruh alam dalam keadaan yang indah, bertambah indah lagi apabila sang hamba meletakkan authoriti yang sahih. Paduan ilmu dan keimanan. Amal dan jerih digabungkan... Cucu...! atuk tengok, kat UKM ni sahabat2 atuk b’tungkus lumus m’cari ilmu, duk study di PTSL, pusanika, fakulti, tasek k’jut, surau, masjid dan sbgnya. Tapi persoalannya adakah ilmu yang kita pelajari dan iman yang ada ni kita digabungkan. Adakah amal n pelajaran kita padukan??

Cucu nak tahu, hari ini kwn2 atuk belajar sama2 dengan atuk dalam tutorial tentang ilmu bahaya ikhtilat antara hubungan male n female, aurat dan sebagainya. Khusyuk macam Imam Ghazali timba ilmu, tapi cucu tahu x? esok atuk tengok dah duk b’cengkerama kat tasek kejuruteraan b’dua-duaan, kadagkala restoran azura pun m’jadi saksi pertemuan mereka tu. Erm nth la.. tp atuk yakin cu, mereka discus about syurga neraka kot. Kalau atuk nmpak mereka pegang2 tangan, atuk sangka baik jer.. maybe terpegang tangan, xsengaja gaknya. hiish.. xkan la dorang nak buat kerja2 yang xsenonoh tu, mesti la dorang tahu dosa pahala.. dorang m’jiwai erti ikhtilat dlm b’hubungan antara laki dan perempuan kot.. xkan la dorang xtakut akan azab Allah.. atuk yakin... (terima kasih bagi yang terasa)..


Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmu berkembangan

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Cucu... bayt lagu ni suruh kita harumkan ilmu. Suruh amalkan ilmu cu. Suruh kembangkan ilmuuu.. bukan suruh cari ilmu je. Pastu balik bilik tidur buat air gula sampai basi, mimpi indah, ym, freinster, youtube, cerita korea, industan, ngumpat sana sini, xsampaikan ilmu yg kita ada. Cucu amalkan ilmu ye. Jgn biarkan duk jadi sarang labah2 dalam otak tu. Nabi xsuka n Tuhan kita murka cu..

Atuk ingat lagi masa pak A.Kadir Adabi, ayahanda Ungku Omar dan sahabat-sahabat perjuangkan nak buat universiti untuk generasi tercinta, penat lelah, sanggup orang kampung buat kutipan derma serahkan duit harta, gadai kebun segalanya semata-mata untuk bg sumbangan nak tubuhkan UKM. Untuk generasi tercinta. Biar jadi generasi yang ulung, pemuda unggul, mahasiswa intelektual, anak soleh, hamba yg beriman, umat yg bertaqwa. Alhamdulillah, atuk bangga dengan kawan2 atuk yang ada sekarang. Mereka sgt menghargai perjuangan tokoh2 dulu cu. mereka buat family day setiap kolej besar2an. Nak jadi generasi unggul agaknya. Buat tari menari tayang body, hedonisme berleluasa, family day ni ukhwah fillah katanya, masjid dan surau gah dgn lampu n aircond je, jemaahnya tiada, cicak dalam surau pun kecewa, semua bersama pesta maksiat suka ria, dengar azan buat2 tutup telinga. Tapi atuk yakin cu, maybe dorang takut riak n bangga menyelubungi jiwa gaknye kalau g surau menunjuk2 lak katanya. Takut Allah murka, so kat bilik pun ok juga, postpone pun apa salahnya. Bagus la tu. Mahasiswa yg beriman.. Hadhari.. Hadhari.. Bangga atuk ngn UKM ni. Penuh dengan ketaqwaan. Atuk yakin lagi sekali. Amiiinnnn...

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Ini lah perjuangan kita cucu. Baik agama dan adat. Syumul segala. Alhamdulillah, atuk sayangkan UKM n sahabat2 semua. Sebabnya atuk rindukan ukhwah ni bkn sekadar kat dunia je,tapi kat akhirat jua. Atuk tegur je,untuk kebaikan bersama. Atuk nak kan suasana agama yg sebenar. Kadang2 nak nangis pun ada. Tapi xpa, atuk xmarah korang semua, atuk yakin, hidayah Allah tu pasti pada insan yg sentiasa mencari ketenangan n perubahan dalam hidup. Ok dulu ye cucu2 atuk sekalian. Nanti kita jumpa lagi. Salam perubahan buat perintis ’VARSITI KITA’.. Allahuakbar.. wassalam.

POST BY: MUHAMMAD SYAFIQ BIN A.AZIZ (tukjanggutt).

Saturday, May 2, 2009

KISAH LUCU PENGUBAT STRESS

Kisah 1

Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak, Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya "emak kenapa rambut emak bewarna putih?" tanya Nurul Janah.

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis, sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih" jawab emaknya.

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis ke?"

Kisah 2

Dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang.. cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

"Ala, mahal tau cermin mata tu" kata Salma.

"Yalah.. yalah.. kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta.

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya" Jerit hisham.

kisah 3: Tidak akan di hukum

Murid: Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

kisah 4: I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "


kisah 5: Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Mimi. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat. Masuk dan mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...


kisah 6:Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktor, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memanggil seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhumah nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ... ! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"



kisah 7: Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : Baguskah ternakan biri-biri kamu. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?
Gembala : Oh, boleh saja
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih
Gembala: Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari
Pemuda : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama
Pemuda : Berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih
Gembala : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari." Pemuda : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama.
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih
Gembala : Aaa... menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.
Pemuda : Dan yang hitam?
Gembala : Yang hitam pun sama
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja
Gembala: Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya
Pemuda : Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?
Gembala : Yang hitam pun sama, saya punya juga
Pemuda : (bengang, geleng kepala dan berlalu)

kisah 8: Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati.

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..

"Oh.. Syukur pada Tuhan. Mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang... "

HIDUP KITA

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI1. Semalam : Sudah menjadi sejarah2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan3. Esok : Hari yang belum pasti.Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:1. Nafas Naik2. Nafas TurunHargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wassalam.


~Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan kerjakan tiga hari kemudian.~

Friday, May 1, 2009

SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU

SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU

Subuhnya,

Di mana aku berada,

Masih enak dalam kelambu rindu,

Sambil berpoya-poya dengan waktu,

Masa bagaikan menderu,

Langkah tiada arah tuju,

Fikiran terus bercelaru,

Terlupa aku semakin dihujung waktu,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.


Zohornya,

Aku lebih memikirkan kelaparan,

Kehausan dan rehatku,

Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,

Aku bertolak ansur dengan waktu,

Aku terlupa betapa besar kerugian,

Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.

.

Asarnya,

aku lupa warna masa,

Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,

Aku masih dengan secawab\n kopiku,

Terlupa panas di hujung kepala,

Aku masih bercerita,

Tentang Si Tuah yang setia dan Si Jebat yang derhaka,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.


Maghribnya,

Aku melihat warna malam,

Tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya,

Mencari sisa-sisa keseronokan,

Tak terasa ruang masa yang singkat,

Jalan yang bertongkat-tongkat,

Ruginya bertingkat-tingkat,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.


Isya'nya,

Kerana masa yg panjang,

Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,

Aku membiarkan kelesuan menggangguku,

aku rela terlena dan menarik selimut bungaku,

Bercumbu-cumbuan dengan waktu,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.

Kini aku menjadi tertanya-tanya,Sampai bila aku akan melambatkan sujudku,

apabila azan berkumandang lagi.

Aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi,

Kerana di hujung hidup ada mati,

Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini,

Jika ruangku dibiarkan kosong,

Jika wajahku menjadi asing,

Pada mentari dan juga bintang-bintang.

Takbirr.. Allahuakbar..!!


POST BY: MUHAMMAD SYAFIQ BIN A.AZIZ.