Thursday, July 22, 2010

Bila Demokrasi Kampus Di "Liwat"

"Kecewa dengan program sambutan adik-adik baru di UKM".... Mungkin hanya ungkapan ini sahaja yang layak ditujukan kepada koordinator program orientasi untuk mahasiswa UKM. Waktu artikel ini ditulis adalah ketika berlangsungnya "perang dectar' yang dikatakan majlis kemuncak minggu orientasi ukm. Program yang mana menafikan hak agama dan adab sebagai makhluk Tuhan. Begitu banyak sekali aduan yang diterima dari para peserta sepanjang minggu sambutan ini dijalankan. Kita tidak merasakan program ini untuk menerangkan halatuju peserta ketika berada di menara gading akan tetapi program berunsur doktrinisasi dan acara hedonisme lebih mendomonasi program tersebut. Kita setuju dengan memasukkan unsur hiburan ke dalam program ini atas dasar ingin meraikan adik-adik baru akan tetapi bukanlah secara berlebih-lebihan. Sewajarnya aspek tarbiyah perlu dititikberatkan, kesedaran tentang peri pentingnya mencari ilmu dan mengamalkan ilmu ketika di menara gading adalah lebih penting dari segalanya. bukan mengajar 'cheers' siapa yang paling hebat, kolej mana yang paling menarik dan sebagainya.

Umum mengetahui tentang kejatuhan moral yang kian meruncing di kalangan mahasiswa. Oleh itu, perkara ini seharusnya digalaskan di atas bahu setiap koordinator dan fasilitator untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa baru supaya perkara ini tidak berlaku di zaman mereka sekaligus menyebabkan graf tentang masalah-masalah moral berkurangan. Begitu juga dengan masalah pelajaran mahasiswa yang kian terjejas dek kerana percampuran ilmu dan perkara-perkara negatif wujud di permukiman ilmu. Hal ini menyebabkan ruh semangat keikhlasan dalam mencari ilmu kian terjejas. Lihat sahaja program-program yang didendangkan tidak jauh berbeza dengan program realiti di kaca televisyen, di corong-corong radio dan diluar sana seperti akademi fantasia, malaysian idol, jom heboh dan yang terbaru showdown 2010. tiada bezanya apa yang berlaku di UKM, program-program yang dijalankan berbaur hedonisme seperti konsert artis yang dilaksanakan di dalam pesta konvo, begitu juga yang berlaku dikolej-kolej kediaman ketika mana 'family day' dijalankan seperti 'the batle of the band', 'the batle of the sexy', pertandingan karaoke dan sebagainya.

Kita juga merasa terkilan apabila ada pihak yang mengatakan pergaulan mahasiswa dan mahasiswi ketika minggu mesra pelajar baru adalah perkara biasa di universiti untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Mahasiswa bukan menolak pergaulan tersebut kalau ianya benar-benar untuk bertukar idea dan pendapat dan bersifat 'study group' akan tetapi adakah yang dilaksanakan ketika 'perang dectar' (salah satu program dalam minggu mesra pelajar baru) bercampur jantina dan ditutup lampu dewan dengan alasan untuk lawan sorak antara kolej siapa yang paling 'power'. Lagi menyedihkan perkara ini tamat pada jam 2pagi. adakah perkara ini hanya semata-mata untuk bertukar idea dan pendapat sepertimana yang dicanangkan oleh sesetengah pihak??

Berhibur bukanlah satu kesalahan dalam kehidupan seorang yang bertamadun akan tetapi ianya satu rahmat dan nikmat dari Tuhan, akan tetapi bukanlah hiburan yang berlebih-lebihan sehinggakan mengundang maksiat dan dosa, apatah lagi jika ianya berlaku di medan mencari ilmu. Bukankah terhalang untuk menerima ilmu bagi seorang yang hatinya penuh dengan maksiat dan dosa. Jika dilihat hiburan-hiburan yang dilaksanakan di UKM boleh dikatakan melampau-lampau dan berlebih-lebihan. perkara negatif seperti ini seharusnya tidak layak dilaksanakan di bumi mencari ilmu. Ia satu perkara yang bertentangan dengan prinsip bagi seorang pencinta ilmu.

Selain itu, mahasiswa juga membantah agenda ,mendoktrinisasi mahasiswa baru yang dibuat oleh sesetengah pihak. mereka pergi ke kolej-kolej kediaman dengan kerjasama pihak jaksa lalu menceritakan keburukan beberapa persatuan yang dikatakan tidak sehaluan dengan mereka. Ada juga yang mengedarkan borang-borang keahlian persatuan haram yang tidak berdaftar kepada pelajar-pelajar baru. Lagi menyedihkan perkara ini dilakukan oleh "menteri-menteri" persatuan induk UKM. Mengapa perkara ini seharusnya berlaku pada minggu pertama pelajar masuk. Kita ingin menasihatkan kepada mereka-mereka yang yang melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab ini, Jika kalian di pihak yang benar mengapa tidak berlawan di atas padang yang rata. Mengapa mesti melakukan secara 'diam-diam'? Mengapa bila ditanya kalian bermati-matian menafikan perkara tersebut? Baling batu sembunyi tangan dalam poket seluar yang bocor... kalian silap...! Kepada seluruh mahasiswa, kami berjanji akan membongkar segala tuduhan dengan hujah, fakta dan bukti. Bila? Di mana? Tungguuu....

Akhirnya, harapan kami sebagai seorang mahasiswa prihatin kepada mahasiswa baru, pijaklah di atas bumi yang nyata, kalian mesti sedar bahawa kalian berada di Universiti Kebangsaan Malaysia, satu tempat yang suci dimana sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Oleh itu, konsep mencari dan mengamalkan ilmu itu mestilah selaras dan sederap dilaksanakan. bukan hanya sekadar mencari ilmu semata-mata di dewan kuliah dan hanya melepaskan di kertas soalan ketika final dijalankan. Akan tetapi, jadikanlah ilmu itu untuk kita berfikir secara waras dan mengasingkan antara perkara positif dan negatif. Ingat! kita golongan muda yang berpotensi untuk mengubah dan corak kehidupan dunia. Mengubah dan berhijrah ke arah kebaikan itu adalah tanggungjawab kita bersama. Kitalah aset kepada negara! kitalah agen perubah! Bersatu Berubah!!

"Aku menyukai orang-orang yang soleh walaupun aku bukan di kalangan mereka, moga aku juga satu masa nanti aku dapat mencapai syafaat dari mereka dan aku benci kepada orang yang membuat maksiat walaupun kadang-kadang aku berada dikalangan mereka" (Imam an-Nawawi)

Islam Kembali Gemilang

Umum mengetahui tentang sejarah kebangkitan dan kegemilangan Islam satu ketika dulu. Ketika mana Islam melebar sayap menebar sinaran ufuk sehinggalah menjadi agama dominasi dunia. pada ketika itu jika dilihat semuanya meletakkan redha dan tawakal kepada Allah. Apa jua arahan yang diberikan dari baginda Muhammad saw, semua wala' dan 'lumayan' dalam bergerak kerja bagi memastikan dakwah Islam tersebar luas. Begitu juga pemerintahan seterusnya ketika mana zaman sahabat iaitu zaman Khulafa' al-Rashidin. walaupun nabi telah pergi buat selama-lamanya akan tetapi Islam tetap di tatang dan bagi meneruskan kesinambungan jihad fi sabilillah maka Islam di luaskan empayar kekuasaannya. keyakinan kita terhadap perkara ini ialah dengan usaha yang gigih serta nusra daripada Allah swt. bagaimana kita boleh yakin dengan bantuan dari Allah, maka jawapannya ialah meletakkan hak Islam di maqam yang tepat.

Akan tetapi hal ini hanya tinggal sejarah semata-mata. Kita sering kali menceritakan tentang kegemilangan umat terdahulu, tapi sekadar bercerita kosong tanpa ada anjakan paradigma mengulangi kisah kebangkitan Islam seperti mana yang lakukan oleh umat sebelum kita. lihat saja isu Palestin yang tidak pernah lenyap sehingga kini. hanya membenarkan mulut berkata-kata. berdegar-degar sang pejuang kononnya melaungkan selogan 'anti yahudi' akan tetapi selogan tinggal selogan. ada juga yang mengambil kesempatan mencari kekayaan di sebalik tirai program-program 'anti zionis'. begitu juga yang ada kuasa authoriti hanya menjadikan isu ini sebagai batu loncatan untuk meletakkan nama mereka terkenal dan dianggap seorang pejuang kemanusiaan kononnya. OIC tinggal oooo...i see sampai mati..

Secara rasionalnya, sebagai golongan umat manusia yang jumlah bilangannya menjangkau satu perlima dari penduduk dunia, dengan memiliki khazanah perbendaharaan bumi yang melimpah dan kawasan permukaan alam yang luas selain diwarnai dengan pelbagai etnik, rumpun bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit tentunya wajar sekali Islam dan umatnya berada di barisan hadapan dalam percaturan politik dunia dan seharusnya duduk sebagai Anggota Tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara kepentingan negara dan maruah bangsa.

Kesatuan dan kekuatan umat itu seharusnya disertai dengan kekentalan iman dan taqwa terhadap Allah swt dan RasulNya bagi menjamin kesejahteraan yang berkekalan. Hakikatnya, alam Islam memerlukan pimpinan dinamik ke arah itu dan melihat penghayatan dan kesedaran umat terhadap kesyumulan Islam sebagai wadah terbaik bagi kebahagiaan masyarakat manusia umum yang turut diterima oleh masyarakat bukan Islam, sesuatu yang aneh dan menakjubkan jika bumi diluar rantau Empayar Islam seperti Malaysia misalnya mampu melahirkan jemaah pimpinan yang berupaya membawa umat dan manusia seduania ke arah kedamaian, ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan sebagaimana yang diimpikan. "al'islamu ya'lu wala yu'la alaih"