Wednesday, April 29, 2009

Ketawa pengikat kemesraan bersama


Ketawa pengikat kemesraan bersama

Ketawa ertinya bersepakat

Bayangkan kita dan rakan-rakan sedang duduk berehat dan berbual-bual berkaitan sesuatu perkara. Dalam perbualan itu, ade perkara menarik yang timbul dan kita semua ketawa bersama-sama. Apakah yang dapat ditafsirkan daripada ketawa itu?

Ya, kita semua sebenarnya sudah bersepakat mengenai perkara yang ditertawakan itu. Ia umpama satu bentuk komunikasi yang tidak dinyatakan tetapi dapat difahami. Apabila kita ketawa bersama rakan-rakan, kita sebenarnya berkata : “saya berkongsi nilai yang sama dengan kamu. Kita bergerak ke arak fokus yang sama. Kita serupa dalam hal ini”. Jadi kenapa malas hendak ketawa? Binalah ikatan pasukan bersama rakan-rakan dengan berkongsi ketawa. Apabila kena caranya, lama-kelamaan ikatan kebersamaaan pasti akan kukuh!

Penemuan daripada Stamford University

Ada satu kajian yang dilakukan oleh Dr William Fry daripada Fakulti Perubatan dari Stamford University berkenaan dengan ketawa. Beliau mendapati bahawa ketawa dapat menjana kekuatan kardiovaskular dengan mengurangkan tekanan darah dan kadar denyutan nadi seseorang. Ia juga dapat mengurangkan persepsi yang menyakitkan, merangsang aliran darah dalam badan dan menguatkan sistem pertahanan. Apa yang lebih menyeronokkan, ketawa juga dapat mengurangkan kadar beebrapa jenis hornon yang menyebabbkan stress. Bayangkan apabila kita dapat mengurangkan stress di tempat kerja atau belajar dan kesihatan badan pula berada dalam keadaaan yang baik, sudah tentu kita tidak lagi gundah gulana hendak ke pejabat atau ke dewan kuliah. Sebaliknya kita memutarkan suis kereta dengan penuh ceria dan optimis ke pejabat!
Manakala satu kajian yang dibuat dikalangan kaki tangan di pusat kesihatan Colorado menunjukkan, tahap kepuasan bekerja meningkat sehingga 60 peratus selepas mengikuti sesi latihan yang kelakar dan juga menonton tayangan-tayangan menggembirakan. Selain itu, kadar tekanan dan kemurungan juga menurun sehingga ke 25 peratus. Mungkin sebab itulah Elizabeth Pedrick Sartain daripada Sauthwest Airlines ada mengulas, “ Kami berasa, rasa seronok dan ketawa dapat membina rasa komuniti yang kuat. Ia juga menyeimbangkan diantara tekanan kerja kuat dan juga tekanan persaingan yang ada di tempat kerja”. Dalam majalah Agency Sales, keluaran ogos 1995, satu kajian merumuskan, seseorang pekerja yang membina rasa humor bukan sahaja dapat menyenangkan hatinya bahkan mereka menjadi lebih gembira dan lebih menjadi produktif. Ia membina ikatan berpasukan menjadi lebih rapat.

APRIL FOOL DAY’s?????

APRIL FOOL DAY’s?????

Anda tahu mengapa anda menyambut perayaan ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahi sebab sebenar mereka merayakan perayaan ini! Namun percayakah anda apa yang bakal anda dengar ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahu bahawa perayaan ini ada kaitannya dengan umat Islam zaman lampau.

Untuk pengetahuan anda, perayaan April Fool Day’s ini dipercayai bermula selepas kejatuhan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun2 lamanya di Andalus. Kerajaan Islam ini runtuh akibat diserang oleh tentera2 Kristian. Penduduk2 Islam terpaksa berlindung didalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri. Tentera2 Kristian bagaimanapun x berpuas hati dan berusaha menghapuskan orang2 Islam dari Sepanyol.

Penduduk2 Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Andalus dengan selamat bersama2 barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan. Orang2 Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu helah semata2 telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya, pada satu April, mereka mengambil semua barang keperluan masing2 lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah2 penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemuanya termasuklah perempuan dan anak2 kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) malah diserata dunia. Yang menyedihkan ialah orang2 Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai2 saudara seagama mereka sendiri.

Marilah kita sama2 renungkan “adakah selama ini kita mengamalkan sesuatu yang betul disisi agama?”sampai2kanlah berita ini agar 1 April yang akan datang kita tidak mengulanginya lagi. Sekian untuk renungan semua.