Sunday, July 26, 2009

UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU (IKHLAS DARI TUKJANGGUTT)

selamat datang, ahlan wa sahlan kepada sahabat baru.

Salam buat sahabat2 atuk. Masih sihat dan segar iman sahabat2 sekalian. Moga sihat diharapkan. mesti lama menunggu kehadiran artikel atuk seterusnya.. maafkan atuk kerana lama menyepi dari dunia blog ni. Mungkin ada kemungkinan sibuk dengan kerja2  yang lebih penting dan utama. Moga dimaafkan. Baru-baru ini seluruh IPTA dan sebahagian IPTS dibanjiri dengan pelajar-pelajar baru, kehadiran yang mungkin memberangsangkan bagi atuk. Alhamdulillah syukur wadah mencari ilmu dan kebenaran masih diteruskan khususnya di bumi Malaysia darul hadhari. Masih sempat rasanya untuk mengucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat pencinta ilmu khususnya dibumi UKM.

Yang pergi teruskan pergi membawa diri ke medan dan alam seterusnya. Dan yang  tinggal teruskan dengan acuan dan strategi plan masing2 dalam bidang dan medan ilmu. Manakala yang datang apa yang diharapkan menjadi mahasiswa yang kental dan bersemangat. Umpama jemur tak kering, basuh tak basah, seterika tak tegang. Mahasiswa bukan lagi perlu bertindak seperti kebudak-budakan sewaktu di alam persekolahan, bangun pagi masuk kelas habis bunyi loceng kembali ke rumah. Semua disuap, di belai, di tatang, di manja, nangis di kesatkan airmata. Tidak semudah itu untuk menjadi mahasiswa yang kental dan non-lesu. Di harapkan seluruh mahasiswa menjadi lebih matang dan hidup dalam keadaan berdikari dalam semua aspek.

Mahasiswa tidak seharusnya disistemkan, diacu, diadun, digaul dengan satu bentuk yakni ‘akur,ikut,taat dan na‘am’. Akan tetapi mahasiswa mesti berani membuat dan mencipta perkara kendiri dengan idealism yang menarik dan lebih kreatif. Biar salah, biar silap itu adalah system pembelajaran dan pastinya diperbetulkan kesilapan dari masa ke semasa. Bukan hanya mengikut di cucuk hidung di paksa di system di rencana di buli di arah di perintah sehinggga tiada dalam pemikiran mahasiswa untuk berfikir apa yang baik mahupun buruk.

Seterusnya apa yang atuk harapkan jangan disalah tafsirkan konsep ‘KEILMUAN’ di alam menara gading ini, ia bukan sekadar mencari ilmu di dewan kuliah dan tutorial sahaja, akan tetapi mahasiswa mesti mencari, menimba, mengorek, menggali, menyelam, mengintai seluruh ilmu di universiti khususnya di luar dewan kuliah. Salah satu yang dianjurkan oleh atuk ialah mengaktifkan diri dalam setiap persatuan yang wujud di kampus. Maka disitu juga terdapat keilmuan yang bermanfaat. Tidak hanya dalam bidang kita sahaja, maka akan luas dan bertambah ilmu kita. Perkara ini juga mematangkan diri dari masa ke semasa.

Bukan hanya bangun ke kuliah salin nota balik bilik tido, internet, youtube, chatting, dengkur, borak, ngumpat umpama budak hingusan versi ‘katak bawah tempurung’. Perkara ini akan mencacat dan membantutkan konsep ‘keilmuan’ yang sebenar di dunia kampus kelak. System dan langkah kematangan tidak akan wujud dan muncul dalam diri jika kita meneruskan perkara sedemikian. Arrghhh… amat mengecewakan sekali bagi seorang yang bergelar mahasiswa…!! Jadi sedarlah mahasiswa khususnya sahabat2 atuk yang masih merah di perbukitan ilmu ini, marilah sama-sama merialisasikan dunia keilmuan yang sebenar. Bukan sekadar menjadi mahasiswa yang berkiblatkan nafsu seronok ‘enjoy’ bebas dan emosi yang akhirnya memakan diri sendiri. Salam…

 

No comments:

Post a Comment