Monday, July 27, 2009

AURAT VS DEDAH

salam.. apa khabar dengan iman sahabat2 sekalian?? Harapan atuk moga iman sahabat2 dalam keadaan sihat, lebih sihat dari semalam dan sebelumnya. Buat sahabat2 atuk moga sentiasa dalam keadaan orang yang dithabatkan imannya dan sentiasa merindui untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Allah. Mungkin hari ini atuk ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada. Berkaitan adab berpakaian dan menutup aurat menurut Islam.

 

Di dalam tempoh pengamatan atuk, apa yg boleh dilihat di kalangan masyarakat kampus khususnya dan masyarakat di m’sia umumnya boleh dikatakan amat memberangsangkan dari sudut menutup aurat. Akan tetapi ada juga sahabat2 atuk mungkin masih belum paham dan buat2 xpaham apa itu aurat? Agaknya satu makanan tradisional yg telah pupus kot.. mgkin.. kerana situasi sekarang memainkan peranan penting dalam institusi menutup aurat. Kadang2 atuk terfikir bagi wanita2 yg bangga dengan memperlihatkan rambutnya yg merah kuning hijau n sebagainya, adakah warna trafik light menjadi idola dan ‘qudwatun hasanah’ mereka.

 

Perkara ini mengingatkan atuk ketika melepasi di salah sebuah kolej yg sedang mengadakan family day, ketika itu satu persembahan tarian telah diadakan, wanita2 menari di atas pentas dengan pakaian yg ketat sendat mampat terencat diselubungi perasaan bangga dan bergaya tayang peha penonton tengok tak terkata meleleh air mata bagaikan punggok rindukan neraka suka ria semua terpekik terlolong gembira bagaikan di syurga. Aduh kak oiiii…!! Sedih atuk tengok sahabat seagama atuk wat perkara camtu. Insaf la kak, atuk xde kuasa nak halang, atuk xnak sahabat atuk di azab oleh Allah dengan perkara sedemikian. Tolong la kak, makcik, adik, abang, sedara sedari, muhasabah diri. Kat bawah ni atuk cuba sampaikan ilmu Allah sekadar yg mampu, jadi dengan penuh hormat dan saying, atuk harap sahabat2 boleh ikut walaupun secara beransur2. ‘ihfazhillaha yahfazhka (jika kamu bantu Allah nescaya Allah akan membantu kamu).

 

Menutup aurat adalah  salah satu perkara yang amat dititkberatkan di dalam Islam. Islam mempunyai tatasusila dalam berpakaian. Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah mencerminkan seseorang itu Muslim yg mu’min. Islam telah menetapkan etika pemakaian dan menutup aurat:

 

1.       Menutup aurat

- Menurut Islam aurat lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula seluruh anggota badannya, kecuali wajah, telapak tangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

 

2.       Tidak menampakkan tubuh badan

 

-  di kala ini, zaman serbi hadhari boleh atuk simpulkan semakin nipis dan jarang tudung semakin mahal harganya, tudung bukan berfungsi sebagai salah satu wadah menutup aurat, akan tetapi digunakan untuk glemer dan gah pemakaian kita. Pakaian yang jarang dan nipis sehingga menampakkan tubuh badan masih belum cukup syarat dalam erti ‘menutup aurat’. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

 

3.       Pakaian tidak terlalu ketat dan sendat

 

- Tujuannya  adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan dan boleh merangsangkan nafsu seseorang. Jika kita lihat, di zaman sekarang wanita lebih suka memakai jeans, seluar ketat, baju sendat(adik bongsu die punya kot) dan tudung pendek atas dada dan jarang sehingga Nampak apa yang ada di dalam tudung. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Negara kita yang diakui Negara islam.

 

4.       Riak dan rasa bangga diri.

 

- Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

 

5.       Melabuhkan pakaian

 

 - Tudung yang seharusnya dipakai mestilah sesuai mengikut kehendak syarak iaitu bagi    menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”  (al-Ahzab:59)

 

6.       Memilih warna sesuai

 

-   Warna-warna yang dianjurkan di dalam Islam ialah warna yang lembut. Tidak perlu memakai warna yang terlalu menarik dan terang sehingga boleh menimbulkan fitnah, ataupun warna dan corak yang begitu menonjol. Warna lembut juga termasuk warna putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

7.       Wanita dan lelaki mempunyai perbezaan

 

- Pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” (Abu Daud dan Al-Hakim).

 

p/s : Jika kita mahukan yang terbaik dari Allah, buatlah yang terbaik untuk Allah.

 

No comments:

Post a Comment