
Akan tetapi hal ini hanya tinggal sejarah semata-mata. Kita sering kali menceritakan tentang kegemilangan umat terdahulu, tapi sekadar bercerita kosong tanpa ada anjakan paradigma mengulangi kisah kebangkitan Islam seperti mana yang lakukan oleh umat sebelum kita. lihat saja isu Palestin yang tidak pernah lenyap sehingga kini. hanya membenarkan mulut berkata-kata. berdegar-degar sang pejuang kononnya melaungkan selogan 'anti yahudi' akan tetapi selogan tinggal selogan. ada juga yang mengambil kesempatan mencari kekayaan di sebalik tirai program-program 'anti zionis'. begitu juga yang ada kuasa authoriti hanya menjadikan isu ini sebagai batu loncatan untuk meletakkan nama mereka terkenal dan dianggap seorang pejuang kemanusiaan kononnya. OIC tinggal oooo...i see sampai mati..
Secara rasionalnya, sebagai golongan umat manusia yang jumlah bilangannya menjangkau satu perlima dari penduduk dunia, dengan memiliki khazanah perbendaharaan bumi yang melimpah dan kawasan permukaan alam yang luas selain diwarnai dengan pelbagai etnik, rumpun bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit tentunya wajar sekali Islam dan umatnya berada di barisan hadapan dalam percaturan politik dunia dan seharusnya duduk sebagai Anggota Tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara kepentingan negara dan maruah bangsa.
Kesatuan dan kekuatan umat itu seharusnya disertai dengan kekentalan iman dan taqwa terhadap Allah swt dan RasulNya bagi menjamin kesejahteraan yang berkekalan. Hakikatnya, alam Islam memerlukan pimpinan dinamik ke arah itu dan melihat penghayatan dan kesedaran umat terhadap kesyumulan Islam sebagai wadah terbaik bagi kebahagiaan masyarakat manusia umum yang turut diterima oleh masyarakat bukan Islam, sesuatu yang aneh dan menakjubkan jika bumi diluar rantau Empayar Islam seperti Malaysia misalnya mampu melahirkan jemaah pimpinan yang berupaya membawa umat dan manusia seduania ke arah kedamaian, ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan sebagaimana yang diimpikan. "al'islamu ya'lu wala yu'la alaih"
No comments:
Post a Comment