Friday, May 1, 2009

SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU

SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU

Subuhnya,

Di mana aku berada,

Masih enak dalam kelambu rindu,

Sambil berpoya-poya dengan waktu,

Masa bagaikan menderu,

Langkah tiada arah tuju,

Fikiran terus bercelaru,

Terlupa aku semakin dihujung waktu,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.


Zohornya,

Aku lebih memikirkan kelaparan,

Kehausan dan rehatku,

Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,

Aku bertolak ansur dengan waktu,

Aku terlupa betapa besar kerugian,

Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.

.

Asarnya,

aku lupa warna masa,

Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,

Aku masih dengan secawab\n kopiku,

Terlupa panas di hujung kepala,

Aku masih bercerita,

Tentang Si Tuah yang setia dan Si Jebat yang derhaka,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.


Maghribnya,

Aku melihat warna malam,

Tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya,

Mencari sisa-sisa keseronokan,

Tak terasa ruang masa yang singkat,

Jalan yang bertongkat-tongkat,

Ruginya bertingkat-tingkat,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.


Isya'nya,

Kerana masa yg panjang,

Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,

Aku membiarkan kelesuan menggangguku,

aku rela terlena dan menarik selimut bungaku,

Bercumbu-cumbuan dengan waktu,

Siapa aku di hadapan Tuhanku.

Kini aku menjadi tertanya-tanya,Sampai bila aku akan melambatkan sujudku,

apabila azan berkumandang lagi.

Aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi,

Kerana di hujung hidup ada mati,

Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini,

Jika ruangku dibiarkan kosong,

Jika wajahku menjadi asing,

Pada mentari dan juga bintang-bintang.

Takbirr.. Allahuakbar..!!


POST BY: MUHAMMAD SYAFIQ BIN A.AZIZ.

No comments:

Post a Comment