Wednesday, April 29, 2009

APRIL FOOL DAY’s?????

APRIL FOOL DAY’s?????

Anda tahu mengapa anda menyambut perayaan ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahi sebab sebenar mereka merayakan perayaan ini! Namun percayakah anda apa yang bakal anda dengar ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahu bahawa perayaan ini ada kaitannya dengan umat Islam zaman lampau.

Untuk pengetahuan anda, perayaan April Fool Day’s ini dipercayai bermula selepas kejatuhan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun2 lamanya di Andalus. Kerajaan Islam ini runtuh akibat diserang oleh tentera2 Kristian. Penduduk2 Islam terpaksa berlindung didalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri. Tentera2 Kristian bagaimanapun x berpuas hati dan berusaha menghapuskan orang2 Islam dari Sepanyol.

Penduduk2 Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Andalus dengan selamat bersama2 barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan. Orang2 Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu helah semata2 telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya, pada satu April, mereka mengambil semua barang keperluan masing2 lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah2 penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemuanya termasuklah perempuan dan anak2 kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) malah diserata dunia. Yang menyedihkan ialah orang2 Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai2 saudara seagama mereka sendiri.

Marilah kita sama2 renungkan “adakah selama ini kita mengamalkan sesuatu yang betul disisi agama?”sampai2kanlah berita ini agar 1 April yang akan datang kita tidak mengulanginya lagi. Sekian untuk renungan semua.

No comments:

Post a Comment