Monday, October 25, 2010

Memperingati Syahidnya DR ABD AZIZ RANTISI

Ar-Rantisi adalah seorang tokoh yang telah menyalakan api intifadhah di bumi Palestin. Beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi HAMAS. Di samping tokoh-tokoh HAMAS lainnya seperti Syeikh Ahmad Yassin dan Syeikh Shalah Syahhadah.

Dr. Rantisi telah memainkan peranan yang amat besar dalam gerakan Islam di Palestin secara umum dan Hamas secara khusus. Beliau bersama-sama pejuang yang lain telah memperkuatkan gerakan ini dan terus mendapat sokongan dan simpati daripada rakyat Palestin dan penduduk dunia.

“Rantisi bagaikan tanaman yang baik dan ditanam di tanah yang subur”, demikian kata salah seorang teman terdekatnya. Sehingga kini gerakan HAMAS terus mendapat dokongan massa dan menjadi benteng utama bagi menghadapi kekejaman zionis yahudi.

Sikap Dr. Rantisi yang tegas yang menjadi sebab utama rejim zionis israel memburu dan menjadikan beliau sebagai sasaran utama, terutama selepas kematian Syeikh Ahmad Yassin.

“Perang dengan zionis israel adalah perang terbuka.”. demikian penegasan beliau kepada penyokong HAMAS.

Pada Jun 2003 tentera zionis israel telah melakukan satu percubaan untuk membunuh beliau. Namun Allah swt telah menyelamatkannya. Setelah berkali-kali israel melakukan usaha pembunuhan, maka pada awal pagi 17 April 2004 mereka berhasil membunuhnya tanpa sebarang peri kemanusiaan.

Namun kematiannya terus menyemarakkan semangat jihad dan pengorbanan dalam jiwa rakyat Palestin untuk membebaskan bumi suci ini dan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman rejim zionis yahudi.

Dr. Rantisi bukan sekadar pemimpin politik gerakan HAMAS. Beliau juga merupakan seorang tokoh dakwah dan pemikir yang memiliki pengaruh kuat di kalangan anak muda. Beliau terkenal sebagai seorang yang tegas, tidak pernah berputus asa serta sentiasa mendampingi para ulama’. Dalam akhlaknya ia meneladani Rasulullah saw dan sahabat Baginda yang mulia.

Malah adik beliau, Muhammad Rantisi mengatakan: “…ketegasan Dr. Rantisidalam pidato politiknya merupakan cermin keyakinan dan keimanannya terhadap perjuangan yang didasarkan kepada ayat-ayat al-Quran dan pemahaman yang benar tentang Islam”.

Dalam pada itu, orang yang rapat dengannya akan mengenal peribadinya yang tersendiri. Beliau adalah seorang yang suka bergurau senda dan mudah didekati serta cukup mesra. Beliau tidak pernah segan bermain ping pong dengan para pemuda dan kegiatan olahraga lainnya dengan suasana yang begitu mesra. Beliau juga amat menyayangi isteri, anak-anak serta anggota keluarga.

Dr. Rantisi pernah ditahan dipenjara israel lebih 9 tahun. Dan dihalau dari bumi Palestin.

Meskipun beliau tegas dalam kebenaran, kuat dan gagah dalam berperang namun beliau adalah seorang yang penyayang dan penyantun terhadap umat dan sahabatnya. Beliau bergurau dan bermain, mengucapkan salam pada yang kecil dan besar, bergurau pada anak-anak dan dewasa, laki-laki dan perempuan dalam suasana kasih sayang dan kelembutan.

Seorang sahabat rapat Dr. Rantisi berkata,”…pernah dalam salah satu kunjungan yang saya lakukan ke rumah saudaraku, Dr. Rantisi, beberapa bulan sebelum ia menemui syahidnya, saya habiskan malam itu bersamanya. Beliau melakukan solat malam sementara saya tidur. Ketika fajar Rantisi membangunkan saya dan kami solat berjemaah. Pada saat doa qunut beliau berdoa bersungguh-sungguh dan mengulang-ulang ayat: “…Ya Allah kurniakan kepadaku mati syahid, teguhkan kami dalam perjuangan yang suci ini”. Doa itu diulang-ulang hingga aku turut berdoa agar Allah swt memberikan kepadanya syahid”.

Dr. rantisi menyedari bahawa dirinya adalah sasaran utama rejim zionis israel setelah dilantik sebagai pemimpin baru HAMAS di Gaza bagi menggantikan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau amat bersedia akan takdir Allah swt dan siap sedia menghadapi mati syahid.

Namun beliau tetap berhati-hati dalam setiap perjalanan serta gerak-geri hariannya. Beliau jarang menemui isteri dan anak-anaknya kerana keselamatan dan sentiasa berpindah tempat bermalam. Beliau sentiasa melahirkan keyakinan dan pertolongan Allah swt atau mati syahid dan yakin bahawa ajalnya berada di tangan Allah swt, bukannya di tangan rejim zionis israel.

Rantisi pernah menegaskan kepada stesen TV al-Jazeera: “…kematian hanya sekali dansaya berharap akan mati dijalanNya. Kematian yang paling utama bagi saya adalah dengan roket helicopter Apache israel”.

Inilah yang diharapkannya dan beliau telah benar-benar mendapat apa yang dicita-citakannya.

Seorang wartawan dari Switzerland pernah datang ke perkhemahan Dr. Rantisi di Maraj Zuhur untuk mewawancara beliau. Beliau bertanya apakah (Rantisi dan kawan-kawannya) menerima Negara israel? Dr. Rantisi “…apakah yang kamu katakan? Dari mana anda?”. Wartawan itu menjawab “dari Swiss”. Rantisi berkata tegas “adakah anda menerima negara israel di dalam Negara Swiss?”. Wartawan itu menjawab “tidak..tidak”. justeru Rantisi terus berkata “bagaimana anda meminta kepada saya untuk menerima sesuatu yang anda sendiri menolaknya?”.

Rantisi pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya “…seandainya Rantisi, Mahmoud Zahhar, Ismail Haneya, Nazzar Rayyan dan Said Seyam (semuanya pemimpin HAMAS) pergi dan semua pemimpin terbunuh, maka kami semakin dekat dengan cinta kami! Ruh-ruh kami akan saling berpelukan di sisi Allah swt kelak. Saya tegaskan bahawa TIDAK ADA KOMPROMI DENGAN REJIM ZIONIS ISRAEL. Kami tidak akan menyerah dan tidak ada kehinaan secara mutlak”.

Dengan kalimat inilah Dr. Rantisi memberi pidatonya dan menyeru rakyat Palestin agar terus berjuang dan tidak mundur dalam menentang sebarang kekejaman dan kezaliman zionis israel. Beliau syahid pada 17 april 2004, sementara kata-katanya masih bergema dan hidup dalam sanubari rakyat Palestin dan umat islam amnya.

Inilah Dr Abd Aziz Rantisi yang merupakan obor kepada perjuangan di Palestin. Walaupun menghadapi pelbagai ujian dan cabaran, beliau telah pergi meningalkan kita dengan cucuran darah syuhada’ yang mengalir membasahi bumi suci Palestin. Selamat tinggal bapa dan saudaraku.

1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete